Saturday, July 30, 2011

Aleesha Farhana a.k.a Mohd Ashraf Hafiz


  Rasanya ramai antara readers dah tau pasal Aleesha Farhana, seorang pemuda yang berhajat dan bercita-cita tinggi untuk menukar namanya Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana sejurus selepas dia memotong 'anunya' kepada jantina perempuan...Namun begitu permohonan penukaran nama dan jantinanya ditolak pada 18 Julai lepas..

   Sebelum ini dia pernah menyatakan jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima menerusi laman sosial Facebook, dia rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.   

   Namun Allah itu Maha Kuasa..Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Quran.       

  Mohd Ashraf disahkan meninggal dunia di ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah pada jam 5 pagi hari ini kerana kegagalan jantung dan tekanan darah rendah.

   Tujuan aku posting kisah ini bukanlah hendak mengaibkan arwah..tapi unyuk mengingat kan antara satu sama lain..Ayat "kun faya kun" merupakan peringatan kepada kita agar jangan angkuh,jangan sombong dan meninggi diri kerana jika Allah berkehendak pada bila-bila masa dan dimana sahaja, tiada tempat berlindung dan tiada tempat bersembunyi dari-Nya.

  Meminjam kata-kata Prof Izzi.."Renung-renungkan dan selamat beramal"....

No comments:

Post a Comment