Monday, October 20, 2014

Puding Aiskrim Oreo



Resepi Puding Aiskrim Oreo

Bahan- bahan:

2 sudu besar serbuk agar -agar 
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan aiskrim strawberry dan coklat
6 biji biskut oreo dibuang krim

Cara- cara
1 Masak serbuk agar-agar dan air hingga mendidih
2 Masukkan gula dan biarkan mendidih.
3 Masukkan susu cair yang telah dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendidih
4. Tutup api dan tapis adunan tadi. Bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian- masukkan aiskrim strawberri, 1 bahagian lagi - masukkan aiskrim coklat dan biskut oreo yang dihancurkan. Kacau rata sampai aiskrim cair.
5 Boleh buat beberapa lapisan ikut suka hati. Macam ni saya buat 3 lapis. Lapisan pertama tuang 1/3 daripada bekas @ acuan kemudian masukkan dalam freezer sekejap. Kemudian keluarkan dan buat lapisan kedua dan masukkan dalam freezer lagi. Keluarkan dan buat lapisan ketiga. Kemudian masukkan dalam fridge bawah je..Bila dah keras terbalikkan dan sedia untuk di ngap...

* Tujuan masuk dalam freezer untuk buat lapisan supaya adunan berlainan warna tak bercampur. Jadi bila keluarkan dari freezer tu tekanla slow nak tgk lapisan atas tu dah keras ke tak..

Sunday, October 19, 2014

Makaroni Bakar



Hari ni terlebih rajin nak memasak...selalu makan kat luar aje..rasa nak makan makaroni bakar..dah boring makan nasi...senang aje buatnya...

Resepi Makaroni Bakar

Bahan -bahan:

Makaroni 2 cawan - rebus agak lembut tapi jangan sampai hancur pulak
1 biji bawang holland - potong dadu
3 ulas bawang putih -cincang halus
1 sudu besar rempah kari
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos spaghetti
2 sudu besar sos tiram
Daging @ ayam cincang
Sosej - potong dadu
Lobak merah potong dadu
Minyak zaitun @ minyak masak
Garam
Daun sup - hiris halus

Sos putih:

50 gram butter
4 sudu besar tepung gandum
3 cawan susu penuh krim
2 keping cheddar cheese
sedikit garam dan serbuk lada hitam

Cara-cara:

1. Tuangkan minyak zaitun / minyak masak tumis bawang holland, bawang putih sampai naik bau. Masukkan rempah kari dan cili kisar tumis lagi sampai cili garing. Kemudian masukkan sos spaghetti, sos tiram dan sedikit garam.

2. Masukkan pula daging cincang, lobak merah dan sosej, masak sekejap. Kemudian masukkan makaroni yang telah direbus tadi. Gaul mesra sekejap.

Cara memasak sos putih:

1. Panaskan butter atas kuali non-stick sampai cair. Tapi guna api yang perlahan sebab tak nak butter hangus.

2. Bila dah cair maukkan tepung gandum, kacau sampai tepung jadi golden.

3. Bila tepung dah jadi golden tu masukkan susu dan cheese. Kacau sampai semua larut. Kalau pekat sangat boleh tambah susu lagi.

4. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Tutup api.


Masukkan makaroni yang digoreng dalam dulung pembakar @ bekas yang boleh masuk oven. Buat 4 lapisan-  lapisan bawah makaroni, lepas tu letak selapis sos putih. Letak lagi makaroni dan atas sekali selapis lagi sos putih. Taburkan daun sup kat atas sos putih tadi. Bakar dalan oven pada suhu 180 darjah untuk 20 - 30 minit @ sampai sos putih jadi golden tapi jangan sampai hangus...Siap untuk dimakan... :) 

* Rebus makaroni dengan sedikit garam supaya makaroni tak rasa tawar.

Monday, January 6, 2014

Demam Denggi

Lama sungguh tak buat entry baru sejak busy dengan si kecik yang dah masuk setahun 6 bulan ni..Kali ni terasa nak cerita pasal pengalaman denggi aku - mana tau boleh jadi panduan untuk orang kena denggi. Kena pulak masa penutup tahun 2013..dugaan..

 Sumber gambar: Wikipedia

Isnin 23/12/2013

Bangun pagi rasa macam demam je..kaki tangan sejuk padahal selimut dah tebal..macam sign pulak bangun pagi ada nyamuk dok willy kat telinga aku..Tu yang buat aku terpikir kena demam denggi ke ni.. 


Tekak pahit macam ubat..takleh nak makan..minum..bangun pagi aku gagahkan juga minum milo then makan ubat..tengok dulu mana tau esok baik..


Selasa 24/12/2013


Masih demam, sakit kepala, sakit otot, mual dan tekak pahit yang amat..memang macam patah tulang - nama lain untuk denggi breakbone fever. Nasib suami aku half day harini..so diala yang urus hal rumahtangga - masak dan jaga anak..yang bestnya bila jarang pegi dapur garam dengan gula pun boleh tertukar.. Dahla tekak aku tak lalu makan..makan je sup sayur dia buat kenapa rasa manis je..tapi makan jelah kan jaga hati..rupanya dia tertukar garam dengan gula.


Mula malas nak pegi klinik tapi suami aku ajak juga..Pegi klinik swasta je..doktor muda.cek ala kadar je..cuma cakap aku demam sebab tonsil bengkak. Dia cuma bagi ubat demam, antibiotik, sakit tekak.


Rabu 25/12/2013


Demam lagi.masa ni dah rasa gatal-gatal.ingat alergik ubat sebab aku memang ada alergik ponstant..dok terbaring dari bangun tido sampai nak tido balik..makan memang tak lalu..anak aku pulak tengok aku terbaring je dia smackdown nya aku..adoila sengal badan mummy dibuatnya.. 


Khamis 26/12/2013


Masih demam lagi tapi kali ni siang ok..lepas maghrib suhu naik..Siang macam orang sihat..leh basuh kain baju, mop lantai, kemas rumah..Malam melepet macam kain buruk.


Esok nak first meeting ni setelah sebulan lebih bercuti sekolah. Malam ni takleh tido..rasa panas sangat walau aircond dah suhu 25 darjah.Badan pun gatal2 juga...At last pukul 3.30 pagi aku kluar dari bilik dan tido kat ruang tamu.. Baru boleh lena tido..dalam kepala tak terpikir ni simptom demam denggi sebab ingat nervous nak kembali ke sekolah..


Jumaat 27/12/2013


Walaupun tido agak lewat tapi pukul 6 dah bangun siap2 nak pergi sekolah..Pagi tu pergi meeting macam biasa..boleh senyum2 suka2 lagi..nampak macam sihat je..cuma mengantuk jelah..


Balik rumah pukul 1, mata sangatlah berat. So lepas Zohor aku tido..pukul 2.30 bangun semula sebab nak ke LHDN..Petang tu balik still rasa sengal2 badan..masuk kul 6 badan rasa lain macam...suhu naik semula..dalam hati terfikir sakit apa aku ni...


aku search Google - demam malam..macam2 entry keluar..ada yang kata demam malam sebab pregnant la, demam kena kacau jinla, yang banyak pasal bayi demam malam..tapi aku macam berminat nak baca entry demam malam disebabkan denggi..


Simptom2 yg blogger tu bagitau memang kena dengan aku. Bila malam start demam, sakit badan,sakit belakang,sakit kepala, sakit bebola mata, sakit perut, cirit birit...


Aku pun cakap kat husband elok kita pegi GH ni cek..so malam tu pegila GH. nurse cek suhu tak demam. tapi bila dia tanya ada makan ubat tak? Aku kata ada. Pukul berapa? Aku macam try run otak ni nak recall...rasa macam bingung je..aku jawab pukul 5 kot...


Jumpa doktor dia interview skit then ambil darah dan air kencing. Air kencing ok..tapi darah kena tunggu 2 jam..masa tu pukul 10.30 malam.doktor kata kalau ada apa2 hospital akan call.so aku dan husband balik dulu.. 


Masa tu tak boleh tido dah...nak tunggu 2 jam macam 2 hari lamanya..tengok jam dah pukul 12.30 pagi..takde call ni..syukur takde apa2..tetiba telefon husband aku berbunyi..dapat call dari hospital suruh datang masa tu juga sebab positif denggi..aku dah macam kucing nak beranak..ke hulu ke hilir...mundar mandir...tengah malam ni...macamana nak pegi hospital..anak sapa nak jaga..air mata start meleleh..hospital trus call lagi..


Disebabkan aku dah fobia nak duduk GH so suami aku call Kuantan Specialist Hospital & Kuantan Medicak Centre..semua full..apasal la time aku je mesti penuh..aritu masa anak aku pneumonia pun penuh..kena balik dulu..tunggu kosong baru masuk wad.


Suami aku kata tunggu esok tengok macamana, kita pegi cek dekat KMC pulak. Memang aku tak boleh tido bila dengar denggi..Macam2 bermain kat kepala. Dok fikir mati je..


Sabtu 28/12/2013


Hari ni patut second meeting tapi aku tak pergi..tapi aku bangun pagi kemas baju apa yang patut,termasuk baju anak sebab anak kena tinggal dengan pengasuhnya. Nasib baik dapat pengasuh memahami dan dia offer untuk jaga anak aku memandangkan mak aku pun tak berapa sihat sebab sakit kaki..


Aku dan husband ke KMC tunggu turn untuk jumpa doktor pakar..1 jam terasa sangat lama..Doktor cek aku lagi..dia kata kemungkinan besar denggi..tapi bilik masih full, so aku perlu balik dulu. Queue ada 20 orang lagi.. Argghhhhhh...tensionnya duduk Kuantan ni..sakit pun susah nak masuk hospital sebab hospital swasta cuma 2 tapi seluruh Kuantan, Pekan, Rompin, Kemaman bertumpu kat sini..


Satu badan sakit...hati pun sakit sebab bilik full..balik rumah bertenang dulu.Balik rumah kakak aku yang nurse GH call bagi ceramah suruh aku masuk hospital juga sebab denggi ni bahaya. Aku tahu bahaya tapi aku taknak dah masuk GH nak transfer ke hospital swasta memang susah.. Husband aku pulak setiap jam call KMC tanya ada tak bilik kosong..at last pukul 3.30 petang nampakla sinar sikit bila KMC call bagitau ada patient discharge.tapikena tunggu pukul 6.. penantian lagi memang menyiksakan...Husband aku call lagi KMC, sekejap kata ada 0 sekejap kata takde... Adoilaaa...


Pukul 6 kami ke KMC terus ke kaunter pendaftaran..ni kira gamble je..sebab kalau takde 0 lagi kami redha jelah ke GH dari keadaan aku tak di pantau..At last pukul 6.30 baru masuk wad..


Malam ni tido kat wad la aku..Mak dan kak long aku datang bawa sup ketam..Malam tu dah mula muncul bintik-bintik macam chicken pox..gatal yang amat macam kena miang buluh..pukul 12 hajat nak tido..tapi baru nak lelap tangan mencucuk2 gatal..tiap jam aku bangun..pukul 1,2,3,4,5,6 bangun sambil termenung tengok Megamall..nak buka TV takut ganggu orang sebelah..


Ahad - Selasa 29/12/2013 -31/12/2013

PAgi tu bagitau doktor tak boleh tido. Doktor bagi ubat tahan gatal dan ubat selsema untuk tido. Alhamdulillah lena tido malam tu..aku pun di transfer ke bilik single.


Selama 5 hari aku berkampung di KMC.. Setiap hari masuk air dan cek darah..Dah lali dengan jarum..mujur aku ni tahan sakit..


Doktor ada bagi ubat..Selain tu aku makan sup ketam,minum air 100+, minum Milo, minum air Guava juice Peel Fresh dan minum air banyak walau kena kerap ke tandas. Bayangkan dengan tangan berjarum, kena bawa botol air kehulu kehilir..Silap ikit darah keluar ikut tiub tu..agak cemas juga tengok darah banyak..cepat2 aku panggil nurse.


Selepas hari kelapan demam baru platelet naik semula..


Ada juga orang Kementerian Kesihatan call bagi nasihat dan info pasal denggi. Dia kata aku ni dah lepas phase bahaya. Dia pun bagi nasihat makan sup ketam, makan makanan yang tinggi protein,minum jus oren atau jambu batu dan banyak air untuk naikkan jumlah platelet..Minum 100+ elok tapi kena campur dengan air masak sebab kandungan gulanya yang tinggi dan orang sakit ni tak aktif, takut boleh kena kencing manis dan merosakkan buah pinggang..



Rabu 1/1/2014

First time ber new year dihospital.. Sempat lagi bangun pukul 12 tengok bunga api kat luar dengan harapan semoga hari ni dapatlah balik ke rumah.


Alhamdulillah pukul 6 aku discharge dan balik rumah..


Aku MC sampai 12/1/2014..Masa recovery phase ni pun mencabar..kepala pusing dan melayang2...jalan macam tak pijak tanah..nak pulak balik tengok rumah bersepah, baju bertimbun dan anak pula kadang2 buat ragam..semua kena hadapi sendiri sebab suami aku kerja malam..dugaan..


Nasihat aku untuk orang yang ada simptom2 denggi cepat2lah cek darah..jangan tunggu lama..lebih cepat treatment lg bagus..yang penting kita selamat..rehat kena cukup..kena tenangkan fikiran..jangan fikir kerja..


Walaupun selepas discharge kita masih perlu minum air yang banyak, makan sup ketam, minum jus oren dan guava. Sebab kesan denggi ni kadang2 memakan masa sebulan untuk hilang..Apa pun banyakkan berdoa dan ikhtiar..Insyaallah kita akan pulih seperti biasa

Friday, June 15, 2012

My Husband Trip to China

     Last April, my husband outstation ke China. Tempat kat sana memang cantik. Unfortunately, untuk kita yang Muslim & Malay ni makanan dan tandas memang jadi masalah yang besar. 
    Walaupun ada Muslim kat sana tapi tak sama macam kat sini.. Sebab Muslim Restaurant pun hidangkan benda-benda tak halal..
    Macam toilet pula memang masalah sebab toilet dia takde pintu okey!! So macam buy one free one la.. Siap boleh tengok kuih apa dia buat dan boleh tengok tut dia..yaks...Dahla takde paip air..
     Anyway aku cuma tolong cerita balik bagi pihak suami..sebab aku kena tinggal..Uwaaa....Takpela kalu pegi pun agaknya balik buasir sebab menahan u'uk....

Dengan Singa
Great Wall
Flowers are blooms



 

Depan Bullet Train

Thursday, June 14, 2012

Trip to Bali

Wah pegi Bali dah setengah tahun yang lepas..Baru skarang ni ko nak post nyah..Those were my Bali trip pictures. Let the picture speak...
View from the sky
Ngurah Rai International Airport


At our hotel: Best Western Kuta Seaview

Cari kutu kot

Tok tengah meratib sebelum Kecak Dance




Wood Carving

Rice Terrace
 
Depan salah satu dari temple kat sana



Bedugul



Tanah Lot View


Tanah Lot






 Okla ni nak bagi tips sikitla untuk ke Bali:

  1. Sebelum ke Bali tempah hotel dan driver dulu baru tak buang masa bila sampai sana nanti.
  2. Lagi elok kalau tak bawa budak kecik sebab kita akan banyak berjalan jauh & cuaca pula panas. Bayangkan kalau duduk kat tebing macam kat Tanah Lot, bawa pula anak yang tengah aktif..Memang tak senang hati nak berjalan.
  3. Bawa topi, sunblock (bagi yang takut sunburn), sunglasses. Tapi bila di Uluwatu kena berjaga2 sebab monyet kat situ fashionable..Suka tarik sunglasses, spectacles, slipper atau semua benda yang bling-bling...Kan ke fashionable tu...
  4. Tak payahla jadi macam laki aku dok sibuk nak bawa kasut. At last kasut tercabut tapak. Lagipun kat sana lebih banyak pakai slipper a.k.a flip flop. Kalau kasut tercabut pun jangan risau sebab kat Kuta Area banyak tempat shopping.. 
  5. Baju & seluar pun tak payah bawa banyak. Boleh hantar dobi sebab dobi kat sana murah & boleh beli je T-shirt kat sana sebab lagi murah & jimat ruang luggage kita...
  6. Tak payah bawa toiletries bagai..Sana banyak 24 hours mini mart. Jimatkan ruang luggage lagi...
  7. Pasal makan tu pun jangan risau.. Ada je halal restaurant..Kalau boleh survey dulu sebelum pergi sana..Ambil alamat then tulis je dalam note book @ print out aje..Bila kita nak pergi just tunjuk pada Pak Supir (driver). Ataupun boleh pilih untuk makan fast food (KFC & Pizza).
  8. Kalau nak cari pakej hotel+flight tickets masuk je ke www.airasiago.com. 
  9. Kalau yang sukakan pantai & dekat dengan town cari hotel kat area Kuta, Legian atau Seminyak.
  10. Kalau nak kat kawasan hutan yang jauh dari kesibukan pilihla kawasan Ubud, Kintamani atau Bedugul.
  11. Masa tour ke tempat-tempat di Bali ni, anda akan jumpa peniaga2 berkerumun suruh beli barang. Buat tak endah je sebab kat souvenir centre lagi banyak pilihan dan murah. Sekali kita beli dia akan kerumun macam lebah & susah nak lepaskan diri. 
  12. Spare duit kecil untuk tips. 1,000 - 5,000 rupiah pun dah cukup. Diorang ni kuat makan tips..
Okey itu saja untuk dikongsi..Bertemu di post yang lain..

Thursday, March 15, 2012

Kucing Gemukku-Milo

Introducing kucing gemukku, Milo. Tengok muka garang kan...memang garang pun. Kerjanya nak gigit kaki orang je..Kalu tengok burung terbang pun nak marah jugak. Tu yang kadang-kadang kena cepuk free dengan aku...

Dah setahun lebih pun aku bela kucing ni..dah seribu la abis membela dia..Sekali hantar vaksin kena caj RM100+, sama je macam bela orang belum lagi makanan dengan pasir. Kalu boleh tolong aku buat keje rumah takpe jugak..ni makan free je..haha..Tapi bila dah masuk adult ni kena vaksin setahun sekali je..Grooming aku buat sendiri kat rumah. Kalau grooming kat pet shop kena caj RM70+...uhuk..uhuk..baikla aku pegi spa..haha..

Anyway I love my cat...



Thursday, December 15, 2011

Brokoli dan Cendawan Butang Bersos Tiram

Buka peti tengok brokoli dah hampir-hampir nak kuning..tak boleh jadi ni kena bertindak segera..Inilah bad habit aku..beli sayur banyak-banyak pastu buruk, tong sampahlah tempatnya..Bukan sengaja nak membazir tapi sebab encik suami tak suka sangat makan sayur tu yang mata kutu nak masak apa...tapi kalau masak macam ni dia makan pulak..Kalau tumis biasa je taknak makan..hehe demand nak makan sedap2 je..sebab tulah perut maju ke depan..



Brokoli dan Cendawan Butang Bersos Tiram 
(untuk 2 orang makan) Bahan-Bahan:
4 jejari ketam (dipotong)
250 gm brokoli
1/2 biji lada benggala
1 tin cendawan butang
2 ulas bawang putih (dimayang)
2 ulas bawang merah (dimayang)
3 sudu besar sos tiram (dicairkan dengan ¼ cawan air)
Minyak (untuk menumis)
Garam
Lada hitam secukupnya
Serbuk perasa
Cara - cara:
1. Bersihkan brokoli dan celur. Potong lada benggala dan celur. Toskan cendawan butang.

2. Panaskan dua sudu besar minyak dan tumis bawang sehingga garing. Kemudian masukkan jejari ketam dan sos tiram. Biarkan seketika dan masukkan cendawan butang.

3. Akhir sekali masukkan brokoli serta lada benggala dan sesuaikan rasa dengan garam dan lada sulah. Biarkan ia seketika di atas api.

4. Angkat dan hidangkan.