Inilah all time favourite cookies..Rupanya hodoh tapi sedap.Nak buat sebalang sampai sakit belakang bila hidang sekejap je licin tinggal balang.. Disebabkan ramai yang request resepi cookies ni..So here it is...Selamat mencuba..
Bahan-bahan:
2 cawan butter
2 cawan butter
4 cawan tepung - diayak
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
2 cawan gula
2 cawan gula perang
5 cawan oat - dikisar halus
500 gram coklat chip
4 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh garam
1 bar coklat masakan atau coklat Cadbury - disagat
3 cawan hirisan badam / kacang hazel - ikut citarasa sendiri
Cara-cara:
1. Pukul butter, gula dan gula perang hingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Masukkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.
4. Masukkan coklat chip, coklat Cadbury dan hirisan badam.
5. Gaul hingga sebati. Tutup dengan wrapping plastic dan simpan dalam peti sejuk selama 30-40 minit.
6. Gunakan sudu kecil untuk membentuk cookies. Jangan besar sangat sebab ia akan kembang.
7. Bakar 180 celcius selama 20 minit atau sehingga masak. Jangan terlampau hangus nanti pahit pulak..
No comments:
Post a Comment