Memandangkan kawan-kawan nak datang beraya hari ni so terpaksa jugaklah memasak..takkan nak angkat air dengan kuih je kot...huhu..it's not my type..so menu hari ni mee kari..ni resepinya...
Bahan - bahan:
1 bungkus mee kuning [celur dan toskan] Taugeh [buangkan akarnya]
Sawi - dipotong dan dicelur
1 paket fish ballball 1 paket fish cake
Tauhu
Kerang - direbus & buang cengkerang
Telur rebus
Bawang goreng
Bahan Hiris:
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi
Bahan Kuah:
400 gm ayam dipotong kecil
200 gm udang
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari Babas dibancuh dgn sedikit air asam jawa 5 cawan santan
6 biji tauhu pok
minyak
garam
Bahan kisar:
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah dan biarkan sehingga naik minyak.
2. Masukkan ayam.
3. Dalam periuk lain rebuskan udang sehingga masak. Kemudian buang kulit dan kisar isi udang & air udang. Masukkan ke dalam periuk bersama ayam. Kulitnya jangan dibuang, kisar dengan sedikit air kemudian tapis dan masukkan sedalam periuk. Biarkan mendidh sekejap.
3. Masukkan santan dan renehkan sehingga naik minyak. Kemudian masukkan tauhu pok.
4. Goreng fish cake, fish ball dan tauhu. Kemudian hiris nipis.
5. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan- bahan yang lain.
No comments:
Post a Comment