Hari ni craved for Chilli Crab...so merata aku pusing semata2 nak cari ketam gemuk..hehe..silakan ye tengok resepi ku...
Bahan-bahan:
1 kg ketam
1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1/2 inci halia -dimayang
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Sebiji telur
Garam
Cara-cara:
1. Ketam dibersihkan dan digoreng sekejap.
2. Tumis bahan-bahan yang dikisar, cili kisar dan halia. Tumis sekejap sampai naik bau.
3. Masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram. Perasakan dengan garam & serbuk perasa jika suka.
4. Masukkan ketam & sedikit air. Biarkan mendidih.
5. Akhir sekali masukkan telur dan kacau. Tutup api...sedia dihidang..
Sedapnya... Boleh pos ke Penang ?
ReplyDeleteKalau pos nanti basi takpe ke?
ReplyDelete