Monday, October 20, 2014

Puding Aiskrim Oreo



Resepi Puding Aiskrim Oreo

Bahan- bahan:

2 sudu besar serbuk agar -agar 
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan aiskrim strawberry dan coklat
6 biji biskut oreo dibuang krim

Cara- cara
1 Masak serbuk agar-agar dan air hingga mendidih
2 Masukkan gula dan biarkan mendidih.
3 Masukkan susu cair yang telah dibancuh dengan tepung jagung. Biarkan mendidih
4. Tutup api dan tapis adunan tadi. Bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian- masukkan aiskrim strawberri, 1 bahagian lagi - masukkan aiskrim coklat dan biskut oreo yang dihancurkan. Kacau rata sampai aiskrim cair.
5 Boleh buat beberapa lapisan ikut suka hati. Macam ni saya buat 3 lapis. Lapisan pertama tuang 1/3 daripada bekas @ acuan kemudian masukkan dalam freezer sekejap. Kemudian keluarkan dan buat lapisan kedua dan masukkan dalam freezer lagi. Keluarkan dan buat lapisan ketiga. Kemudian masukkan dalam fridge bawah je..Bila dah keras terbalikkan dan sedia untuk di ngap...

* Tujuan masuk dalam freezer untuk buat lapisan supaya adunan berlainan warna tak bercampur. Jadi bila keluarkan dari freezer tu tekanla slow nak tgk lapisan atas tu dah keras ke tak..

Sunday, October 19, 2014

Makaroni Bakar



Hari ni terlebih rajin nak memasak...selalu makan kat luar aje..rasa nak makan makaroni bakar..dah boring makan nasi...senang aje buatnya...

Resepi Makaroni Bakar

Bahan -bahan:

Makaroni 2 cawan - rebus agak lembut tapi jangan sampai hancur pulak
1 biji bawang holland - potong dadu
3 ulas bawang putih -cincang halus
1 sudu besar rempah kari
2 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos spaghetti
2 sudu besar sos tiram
Daging @ ayam cincang
Sosej - potong dadu
Lobak merah potong dadu
Minyak zaitun @ minyak masak
Garam
Daun sup - hiris halus

Sos putih:

50 gram butter
4 sudu besar tepung gandum
3 cawan susu penuh krim
2 keping cheddar cheese
sedikit garam dan serbuk lada hitam

Cara-cara:

1. Tuangkan minyak zaitun / minyak masak tumis bawang holland, bawang putih sampai naik bau. Masukkan rempah kari dan cili kisar tumis lagi sampai cili garing. Kemudian masukkan sos spaghetti, sos tiram dan sedikit garam.

2. Masukkan pula daging cincang, lobak merah dan sosej, masak sekejap. Kemudian masukkan makaroni yang telah direbus tadi. Gaul mesra sekejap.

Cara memasak sos putih:

1. Panaskan butter atas kuali non-stick sampai cair. Tapi guna api yang perlahan sebab tak nak butter hangus.

2. Bila dah cair maukkan tepung gandum, kacau sampai tepung jadi golden.

3. Bila tepung dah jadi golden tu masukkan susu dan cheese. Kacau sampai semua larut. Kalau pekat sangat boleh tambah susu lagi.

4. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Tutup api.


Masukkan makaroni yang digoreng dalam dulung pembakar @ bekas yang boleh masuk oven. Buat 4 lapisan-  lapisan bawah makaroni, lepas tu letak selapis sos putih. Letak lagi makaroni dan atas sekali selapis lagi sos putih. Taburkan daun sup kat atas sos putih tadi. Bakar dalan oven pada suhu 180 darjah untuk 20 - 30 minit @ sampai sos putih jadi golden tapi jangan sampai hangus...Siap untuk dimakan... :) 

* Rebus makaroni dengan sedikit garam supaya makaroni tak rasa tawar.

Monday, January 6, 2014

Demam Denggi

Lama sungguh tak buat entry baru sejak busy dengan si kecik yang dah masuk setahun 6 bulan ni..Kali ni terasa nak cerita pasal pengalaman denggi aku - mana tau boleh jadi panduan untuk orang kena denggi. Kena pulak masa penutup tahun 2013..dugaan..

 Sumber gambar: Wikipedia

Isnin 23/12/2013

Bangun pagi rasa macam demam je..kaki tangan sejuk padahal selimut dah tebal..macam sign pulak bangun pagi ada nyamuk dok willy kat telinga aku..Tu yang buat aku terpikir kena demam denggi ke ni.. 


Tekak pahit macam ubat..takleh nak makan..minum..bangun pagi aku gagahkan juga minum milo then makan ubat..tengok dulu mana tau esok baik..


Selasa 24/12/2013


Masih demam, sakit kepala, sakit otot, mual dan tekak pahit yang amat..memang macam patah tulang - nama lain untuk denggi breakbone fever. Nasib suami aku half day harini..so diala yang urus hal rumahtangga - masak dan jaga anak..yang bestnya bila jarang pegi dapur garam dengan gula pun boleh tertukar.. Dahla tekak aku tak lalu makan..makan je sup sayur dia buat kenapa rasa manis je..tapi makan jelah kan jaga hati..rupanya dia tertukar garam dengan gula.


Mula malas nak pegi klinik tapi suami aku ajak juga..Pegi klinik swasta je..doktor muda.cek ala kadar je..cuma cakap aku demam sebab tonsil bengkak. Dia cuma bagi ubat demam, antibiotik, sakit tekak.


Rabu 25/12/2013


Demam lagi.masa ni dah rasa gatal-gatal.ingat alergik ubat sebab aku memang ada alergik ponstant..dok terbaring dari bangun tido sampai nak tido balik..makan memang tak lalu..anak aku pulak tengok aku terbaring je dia smackdown nya aku..adoila sengal badan mummy dibuatnya.. 


Khamis 26/12/2013


Masih demam lagi tapi kali ni siang ok..lepas maghrib suhu naik..Siang macam orang sihat..leh basuh kain baju, mop lantai, kemas rumah..Malam melepet macam kain buruk.


Esok nak first meeting ni setelah sebulan lebih bercuti sekolah. Malam ni takleh tido..rasa panas sangat walau aircond dah suhu 25 darjah.Badan pun gatal2 juga...At last pukul 3.30 pagi aku kluar dari bilik dan tido kat ruang tamu.. Baru boleh lena tido..dalam kepala tak terpikir ni simptom demam denggi sebab ingat nervous nak kembali ke sekolah..


Jumaat 27/12/2013


Walaupun tido agak lewat tapi pukul 6 dah bangun siap2 nak pergi sekolah..Pagi tu pergi meeting macam biasa..boleh senyum2 suka2 lagi..nampak macam sihat je..cuma mengantuk jelah..


Balik rumah pukul 1, mata sangatlah berat. So lepas Zohor aku tido..pukul 2.30 bangun semula sebab nak ke LHDN..Petang tu balik still rasa sengal2 badan..masuk kul 6 badan rasa lain macam...suhu naik semula..dalam hati terfikir sakit apa aku ni...


aku search Google - demam malam..macam2 entry keluar..ada yang kata demam malam sebab pregnant la, demam kena kacau jinla, yang banyak pasal bayi demam malam..tapi aku macam berminat nak baca entry demam malam disebabkan denggi..


Simptom2 yg blogger tu bagitau memang kena dengan aku. Bila malam start demam, sakit badan,sakit belakang,sakit kepala, sakit bebola mata, sakit perut, cirit birit...


Aku pun cakap kat husband elok kita pegi GH ni cek..so malam tu pegila GH. nurse cek suhu tak demam. tapi bila dia tanya ada makan ubat tak? Aku kata ada. Pukul berapa? Aku macam try run otak ni nak recall...rasa macam bingung je..aku jawab pukul 5 kot...


Jumpa doktor dia interview skit then ambil darah dan air kencing. Air kencing ok..tapi darah kena tunggu 2 jam..masa tu pukul 10.30 malam.doktor kata kalau ada apa2 hospital akan call.so aku dan husband balik dulu.. 


Masa tu tak boleh tido dah...nak tunggu 2 jam macam 2 hari lamanya..tengok jam dah pukul 12.30 pagi..takde call ni..syukur takde apa2..tetiba telefon husband aku berbunyi..dapat call dari hospital suruh datang masa tu juga sebab positif denggi..aku dah macam kucing nak beranak..ke hulu ke hilir...mundar mandir...tengah malam ni...macamana nak pegi hospital..anak sapa nak jaga..air mata start meleleh..hospital trus call lagi..


Disebabkan aku dah fobia nak duduk GH so suami aku call Kuantan Specialist Hospital & Kuantan Medicak Centre..semua full..apasal la time aku je mesti penuh..aritu masa anak aku pneumonia pun penuh..kena balik dulu..tunggu kosong baru masuk wad.


Suami aku kata tunggu esok tengok macamana, kita pegi cek dekat KMC pulak. Memang aku tak boleh tido bila dengar denggi..Macam2 bermain kat kepala. Dok fikir mati je..


Sabtu 28/12/2013


Hari ni patut second meeting tapi aku tak pergi..tapi aku bangun pagi kemas baju apa yang patut,termasuk baju anak sebab anak kena tinggal dengan pengasuhnya. Nasib baik dapat pengasuh memahami dan dia offer untuk jaga anak aku memandangkan mak aku pun tak berapa sihat sebab sakit kaki..


Aku dan husband ke KMC tunggu turn untuk jumpa doktor pakar..1 jam terasa sangat lama..Doktor cek aku lagi..dia kata kemungkinan besar denggi..tapi bilik masih full, so aku perlu balik dulu. Queue ada 20 orang lagi.. Argghhhhhh...tensionnya duduk Kuantan ni..sakit pun susah nak masuk hospital sebab hospital swasta cuma 2 tapi seluruh Kuantan, Pekan, Rompin, Kemaman bertumpu kat sini..


Satu badan sakit...hati pun sakit sebab bilik full..balik rumah bertenang dulu.Balik rumah kakak aku yang nurse GH call bagi ceramah suruh aku masuk hospital juga sebab denggi ni bahaya. Aku tahu bahaya tapi aku taknak dah masuk GH nak transfer ke hospital swasta memang susah.. Husband aku pulak setiap jam call KMC tanya ada tak bilik kosong..at last pukul 3.30 petang nampakla sinar sikit bila KMC call bagitau ada patient discharge.tapikena tunggu pukul 6.. penantian lagi memang menyiksakan...Husband aku call lagi KMC, sekejap kata ada 0 sekejap kata takde... Adoilaaa...


Pukul 6 kami ke KMC terus ke kaunter pendaftaran..ni kira gamble je..sebab kalau takde 0 lagi kami redha jelah ke GH dari keadaan aku tak di pantau..At last pukul 6.30 baru masuk wad..


Malam ni tido kat wad la aku..Mak dan kak long aku datang bawa sup ketam..Malam tu dah mula muncul bintik-bintik macam chicken pox..gatal yang amat macam kena miang buluh..pukul 12 hajat nak tido..tapi baru nak lelap tangan mencucuk2 gatal..tiap jam aku bangun..pukul 1,2,3,4,5,6 bangun sambil termenung tengok Megamall..nak buka TV takut ganggu orang sebelah..


Ahad - Selasa 29/12/2013 -31/12/2013

PAgi tu bagitau doktor tak boleh tido. Doktor bagi ubat tahan gatal dan ubat selsema untuk tido. Alhamdulillah lena tido malam tu..aku pun di transfer ke bilik single.


Selama 5 hari aku berkampung di KMC.. Setiap hari masuk air dan cek darah..Dah lali dengan jarum..mujur aku ni tahan sakit..


Doktor ada bagi ubat..Selain tu aku makan sup ketam,minum air 100+, minum Milo, minum air Guava juice Peel Fresh dan minum air banyak walau kena kerap ke tandas. Bayangkan dengan tangan berjarum, kena bawa botol air kehulu kehilir..Silap ikit darah keluar ikut tiub tu..agak cemas juga tengok darah banyak..cepat2 aku panggil nurse.


Selepas hari kelapan demam baru platelet naik semula..


Ada juga orang Kementerian Kesihatan call bagi nasihat dan info pasal denggi. Dia kata aku ni dah lepas phase bahaya. Dia pun bagi nasihat makan sup ketam, makan makanan yang tinggi protein,minum jus oren atau jambu batu dan banyak air untuk naikkan jumlah platelet..Minum 100+ elok tapi kena campur dengan air masak sebab kandungan gulanya yang tinggi dan orang sakit ni tak aktif, takut boleh kena kencing manis dan merosakkan buah pinggang..



Rabu 1/1/2014

First time ber new year dihospital.. Sempat lagi bangun pukul 12 tengok bunga api kat luar dengan harapan semoga hari ni dapatlah balik ke rumah.


Alhamdulillah pukul 6 aku discharge dan balik rumah..


Aku MC sampai 12/1/2014..Masa recovery phase ni pun mencabar..kepala pusing dan melayang2...jalan macam tak pijak tanah..nak pulak balik tengok rumah bersepah, baju bertimbun dan anak pula kadang2 buat ragam..semua kena hadapi sendiri sebab suami aku kerja malam..dugaan..


Nasihat aku untuk orang yang ada simptom2 denggi cepat2lah cek darah..jangan tunggu lama..lebih cepat treatment lg bagus..yang penting kita selamat..rehat kena cukup..kena tenangkan fikiran..jangan fikir kerja..


Walaupun selepas discharge kita masih perlu minum air yang banyak, makan sup ketam, minum jus oren dan guava. Sebab kesan denggi ni kadang2 memakan masa sebulan untuk hilang..Apa pun banyakkan berdoa dan ikhtiar..Insyaallah kita akan pulih seperti biasa