Kalau makan kat Secret Recipe tu tak puas makan..kalau buat sendiri dapat banyak..okla I'll share this recipe with u..Fun cooking..
Ni one slice jelah ye..nak tunjuk yang satu loyang besar tu banyak sangat..
Membuak-buak inti ni haa...
San Remo Instant Lasagna
Sos Spaghetti Cendawan Kimball
Bahan-bahan:
Sos daging:
250g San Remo Instant Lasagna (gambar di atas)
1 biji bawang Holland, potong dadu
3 ulas bawang putih, dicincang
1 biji lobak merah, potong dadu
500g daging cincang
1/2 botol sos Spaghetti Cendawan Kimball (gambar di atas)
2 sudu kecil cili boh/ cili kisar
1 kiub ayam
Garam dan lada hitam secukup rasa
Secubit serbuk buah keras
1 sudu kecil serbuk oregano
3 sudu besar minyak untuk menumis
Sos Keju:
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan susu segar
125g keju cheddar
Cara-cara:
Sos Daging:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang Holland, bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan lobak merah, masak sekejap. Kemudian masukkan sos spaghetti dan kiub pati ayam. Perasakan dengan garam, lada hitam, serbuk oregano dan serbuk buah keras.
3.Tutup dan masak selama 20 minit.
Sos Keju:
1. Cairkan mentega didalam kuali lain. Masukkan tepung gandum dan masak dengan api yang kecil selama 2 minit.
2. Tutup api, masukkan susu. Buka api kecil, kacau sehingga pekat.
3. Perasakan dengan garam, lada hitam dan masukkan keju. Kacau sehingga keju cair.
Assembly:
1. Panaskan oven 180 darjah celcius. Tuang 1/2 cawan sos daging ke dalam loyang/ bekas yang digris.
2. Kemudian susun kepingan lasagna sehingga menutupi sos. Tuang lagi sos daging dan sos keju. Yang akhir sekali sos keju. (Selang-selikan sehingga 4 lapisan). Bakar selama 35-40 minit. Angkat dan tabur daun sup di atas.
No comments:
Post a Comment