Friday, December 17, 2010

Puding Triflles

Cooking time...hari ni nak buat dessert pulak..dessert yang paling senang & sedap..puding triflles..ok..ni resepinya..selamat mencuba..






TRIFFLES 

Bahan-Bahan: 
1 bungkus kek swiss roll
1 kotak agar-agar segera (Nona) - perisa strawberry 
1 tin buah peach
2 sudu besar tepung kastard 
3 sudu besar gula 
3 cawan susu penuh krim


Cara: 
1. Potongkan kek swill roll dan susun ke dalam mangkuk kaca @ bekas. 
2.Ambil sedikit peach syrup dan tuang ke atas susunan kek tadi
3.Campurkan tepung kastard, gula dan susu dan masak dengan api kecil. Kacau sehingga menggelegak dan pekat (kalau nampak berkilat boleh tutup api)
4. Tuang kastard keatas kek sehingga rata. Biarkan sejuk.
5. Susun buah peach di atas kastard tersebut. 
6. Bancuh agar-agar segera mengikut arahan yang telah disediakan (kalau boleh kurangkan air sedikit supaya agar2 tidak lembik) dan tuangkan keatas buah cocktail tadi. 
7. Masukkan ke dalam peti sejuk. 

1 comment: